Friday, 18 May 2018

F A M I L I A


19 Mei 2018
2:10am
Saturday


Bismillah,

Back to the day where we are going onto the stage together.
Where we had been clarified as new team for the next leadership.
We felt awkward each other at our first meeting.
We introduce ourself and giving each other motto.
And lastly where we starting our first step for our work.

Meeting sampai 1 pagi kadang 3 pagi kadang 6 pagi kadang 12 pagi.
Program itu, program ini sama-sama.
Penat lelah kongsi sama-sama.
24 kerenah siapa yang tahu.
Duduk sama-sama macam satu family, end up perkataan 'famili' itu sendiri kerap menjadi sebutan setiap dari kita.
Walauapapun berlaku 'famili' didahulukan.
dan 'famili' yang aku bersama-sama ini kian diberi tohmahan oleh manusia-manusia yang tidak matang.
Apakan mereka pernah merasai mempunyai keluarga yang masing masing mempunyai tanggungjawab masing masing dan sering diperhatikan orang orang besar diatas?

FAMILI PERSIS yang terdiri daripada 23 orang termasuklah aku. 23 orang tersebut adalah orang-orang hebat, Allah hadirkan mereka disaat aku senang dan susah. disaat aku jatuh dan bangun.

Muaz
seorang ketua yang berjiwa tenang dalam memahami masalah masalah yang dihadapi oleh kami. sungguh dia seorang abang yang aku sayang dalam famili ini dek kerana sikapnya yang sangat sangat aku puji.

KakArfa
seorang kakak yang juga memahami aku saat aku susah dan senang. kadang bebelannya menjadi sebab untuk aku belajar bagaimana untuk selesaikan satu kerja. ya, dia juga semestinya aku sayang.

Rustam
seorang abang yang bersifat berjiwa kelakar tak kira waktu. antara abang yang palingg aku sayang dan tak perlu aku ceritakan lagi.

Laila
seorang kakak yang bersemangat waja tak kira masa dan tempat dan disebabkan semangatnya aku terpengaruh untuk tidak putus asa.

Ipan
seorang abang yang tak pernah rasa bosan bila bersama dengan aku tak kira tempat dan waktu. dimana-mana program sudah pasti adanya muka kami berdua. ya dia dan rustam abang yang paling aku sayangg

Najiah
seorang adik yang tenang juga berjiwa kental serta penuh dengan sifat ingin tahu yang sangat memberi inspirasi pada aku. ya dia kelakar gila aha

Solih
abang paling garang time meeting, namun ketegasannya mengajarkan aku untuk fokus pada kerja yang sepatutnya menjadi priority ketika dalam kerja.

Mimi
seorang kakak yang pendiam tapi garang seperti harimau bintang. apa jua cadangan aku pastinya dia akan support dan itu yang menyebabkan aku suka akan sikap dia.

Nano
seorang abang yang kelakar sama seperti najiah akan tetapi tanpa dia tidak meriah 'keluarga' ini.

Ain
seorang kakak yang sangat teliti dan ganass pabila disebut mengenai ehem $$$ paham sendiri ye. disebabkan itu, aku mengerti susahnya menjadi seorang pemegang $

Luqman(TAPAI), Bella, Wawa, Amin, Mirul, Mighah, Aiem, Siti, Adam, Nuha, Harith dan Kak Dayah serta Fiifah
mereka kakak-kakak dan abang-abang yang selalu menjadi sumber kekuatan aku ketika mana aku jatuh dek kerana penat berprogram ditambah dengan dugaan yang tidak dijangka. 

Mereka adalah sumber kekuatan aku ketika mana aku pernah terdetik untuk berhenti dari berpersatuan dan aku mulai sedar akan sebab Allah hadirkan mereka ini di dalam hidup aku.
Selama 3 semester bersama dan hanya tinggal beberapa baki lagi sebelum kami berpisah, aku mulai rasa berat untuk berpisah dengan mereka. ya, secara jujurnya aku sayang mereka semua seperti abang dan kakak aku sendiri. perasaan sayang yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. 

Akhir kata,
semoga ukhuwah kita terjaga dan ukhuwah kita sampai syurga. moga ketemu lagi dimasa akan datang. jangan lupa akan insan kerdil ini yang sentiasa membawa masalah dalam 'famili' kita. 
salam sayang dari yin!

arigato..

-yin-

2 comments: